Bidang Pembuat

Syarat pendaftaran dalam bidang Pembuat dan dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-

1.    Modal Berbayar/Terkumpul RM 50,000.00.
2.    Dokumen diperlukan sama seperti permohonan baru atau tambah bidang
3.    Dokumen sokongan tambahan diperlukan:

ROC - SENDIRIAN BERHAD / BERHAD atau ROB - PERSENDIRIAN / PERKONGSIAN atau ROS - KOPERASI / PERSATUAN / PERTUBUHAN
  1. PEMBUAT - 060199
     
    1.1.1 Modal Berbayar / Terkumpul RM50,000.00
    1.1.2 Surat perjanjian sewa premis yang dimatikan setem / dokumen hak milik (jika milik sendiri)
    1.1.3 Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    1.1.4 Insurans kilang dan peralatan
    1.1.5 Senarai mesin dan peralatan/kelengkapan kilang, resit belian perlu disertakan / cara perolehan/ Mould
    1.1.6 Lesen Pengilang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
    1.1.7 Surat pengecualian lesen pengilang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi syarikat yang memiliki modal berbayar kurang dari RM 2.5 juta dan pekerja kurang daripada 75 orang
    1.1.8 Surat Kelulusan dari Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (Sabah)
    1.1.9 Penyata caruman KWSP dan SOCSO terkini
    1.1.10 Kelulusan Kastam (bahan/barangan input yang diimport)
    1.1.11 SIRIM (barangan elektrik dll) / Suruhanjaya Tenaga (barang elektrik) / Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) (barang binaan) / Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (alat komunikasi) / Jabatan Hutan / Institut Perhutanan Penyelidikan Malaysia (FRIM) / Lesen Kelas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (jika berkaitan) / Suruhanjaya Pembentungan Air (SPAN) dan lain-lain peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa
    1.1.12 Carta aliran kerja proses pengeluaran produk dan struktur kos produk (product cost structure) termasuk peratusan pengeluaran sendiri (dalaman)
    1.1.13 Peta lakar yang lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda yang mudah dikenalpasti
    1.1.14 Peta cetakan GPS dari laman web tidak diterima
    1.1.15 Gambar kilang dan peralatan
    1.1.16 Sijil halal daripada Badan berkaitan (jika berkaitan)
    1.1.17 Surat pemeriksaan daripada Jabatan Kilang dan Jentera
    1.1.18 Sijil Penentu Ukuran (calibration certificate) (jika berkaitan)